I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, 30 August 2012

Panas oh Panas !



Sebagaimana korang semua tahu, kebelakangan ini, cuaca memang panas. Panas semacam.

Ah! Aku dah tak reti menulis. Hampir setahun tak update blog. Maaf. Aku tak suka intro tu. Aku cuba lagi sekali. Okey?

Okey.

Sebagaimana korang semua tahu, kebelakangan ini, cuaca memang panas. Panas gila gila !.

Aku bukan puteri lilin. Aku boleh tahan terik (Rujuk pada warna kulit, batumalai sebelah rumah putih sikit dari aku. Percayalah). Tapi aku can't help but to merungut sekali-sekala bila berada dalam keadaan panas terik.

Aku tak kisah kalau sesiapa di sekeliling aku merungut akibat panas, sebab aku faham. Cuma aku tak tahu bagaimana untuk respon. Jadi kalau orang merungut panas, aku diam saja dan cuba bantu dengan meniup-niup ke arah orang itu. Tak membantu sebenarnya . *bunyi cengkerik*

Akan tetapi, setiap kali aku kata "Wei, panas gila weiiii", kebanyakan orang di sekeliling aku akan memberi respon yang sama. Dari waktu aku sekolah rendah lagi.

Aku : Wei, panas gila wei.
Member sebelah : Sabarlah. Neraka lagi panas.

Aku : Wei, panas gila .
Member belakang: Kau tahu tak api neraka itu jauh lebih panas? Ini sikit je pun kau tak tahan.

Aku : Wei, panas gila kottt ,
Kawan : Ni baru sikit , kat neraka nanti . Macamana lah .

Aku : Beb, panas gila beb .
Bestfren aku: Api neraka punya panas berjuta-juta kali ganda lagi panas dari ini. Jom beli roti ! aku lapar lah .


Aku ada masalah dengan respon tersebut sebab aku tak puas hati.


Yang dia orang yakin sangat aku akan masuk neraka apasal?

Jangan jawab. Totttttttttttt *


No comments:

Post a Comment