I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday 11 February 2012

Kenapa hari Valentine Haram disambut






Tau tak kenapa kita dilarang sambut Valentine's Day tu?
Aku saje nak kongsi apa yang aku baca tadi .
Harap kita dapat iktibar
Supaya dapat menjadi muslim dan muslimah yang diredhai
Insya-Allah....



Asal Usul VALENTINE DAY :



Sejarah bermula apabila seorang Paderi Kristian (St. Valentine) yang merupakan seorang tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup mati dlm keadaan tragis kerana dibunuh seorang Raja Romawi yang bernama Raja Claudius pada II (268-270M )

Sejak itulah tarikh 14 Februari diambil dan dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine dan sekaligus dianggap sebagai upacara keagamaan masyarakat Kristian



Tu sebab la kita dilarang sambut Hari Valentine ni.. 
Cuba pikir, kalu kita sambut, maknanya kita pun merai hari kematian Paderi Kristian


Firman Allah SWT :



Dalam erti lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agama Islam dengan akidah dan peribadatan agama lain.

Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud
“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.”
(Surah Al-Kafirun ayat 1-6 )

Nabi SAW dengan tegas telah melarang kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dalam hadis yang bermaksud, “Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.”



Antara Sikap2 Yang Perlu Dielakkan

1- Sikap untuk keluar berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis untuk menyambut hari tersebut dengan mengadakan parti atau majlis seumpamanya.

2- Menghantar kad-kad ucapan yang tertera kata-kata Valentine Day dan pada kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap yang menjadi simbol kepercayaan agama kristian.

3- Menulis ucapan kata-kata cinta di dalam kad yang diutuskan dengan menyatakan keinginan cinta kepada kekasih kerana ianya juga sikap mempamerkan rasa gembira dan percaya akan hari tersebut.

4- Kebanyakan negara-negara Barat, parti-parti diadakan sempena hari tersebut disambut dengan pesta seks dan tari-menari. Kebanyakan mereka menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada sesiapa yang mereka cintai.

5- Menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada kekasih untuk meluahkan rasa sayang bersempena dengan Hari memperingati kekasih (Valentine Day) sebagai tanda percaya akan “keajaiban” hari tersebut.

info :
http://www.islam.gov.my/


Harap dapat menjadi iktibar dan pedoman
Info ni utk aku jugak sebenarnya ,

Kalau aku silap, harap perbetulkanlah ye ,
Tak salah kita saling tegur menegur...

kite kan sama :)



aku dikelilingi oleh orang-2 yang hanya mahu mencari kesalahan orang lain .  kecuali family aku lah ! dorang adalah yang terbaek :) . setiap perkara yang dilakukan , komfem aku akan terima kutukan or bebelen pihak-2 tertentu . aku tak nak mention nama kat sini :)

susah kan nak puaskan hati semua orang ? semua nak PERFECT jer ~ tak penah pon fikir perasaan orang lain . nasib baiklah aku ade seseorang yang amat peka dengan segala amukan aku , haha .

pelik betul manusia , tak pernah nak hargai ~

p/s : before nak kutuk sesiape , tengok dulu diri sendiri . :)
      " hey , kau pon makhluk Allah lah . buat ape nak kutuk makhluk sejenis dengan kau !
       fikir-fikir kan lah ye :)


DAH TERKENA !






Sorang cikgu berjalan dgn penuh bergaya msok ke dalam klas dan bertanya.



Cikgu : Siapa Sini Bodoh sila...Berdiri!!!!!!

Murid2 Smua Diam Dan Ade yg Gelak..
lalu cikgu itu bertanya soalan yg same...

Cikgu : Siapa Sini Bodoh sila...Berdiri!!!!!!
Sorang murid bernama Ali berdiri dan melihat ke arah cikgunyer .

Cikgu : Oohhh...kau sorang jer bodoh...

Ali : Bukan Cikgu...Saya cume tak sanggup tengok cikgu berdiri sorang-sorang .

Cikgu bengang dan terus ambil begnyer dan keluar....
kih kih kih kih